...Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan. If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done...
Thursday, July 19, 2012
ramadhan makin tiba tapi hati ini masih belom bersih
Ku basuh tangan dalam aliran air mutlak
Melafaz niat membasuh muka
Sambil dalam hati berdoa moga diputihkan muka di Mahsyar sana
Dan pohon tangan kanan yang kubasuh hingga ke siku
Bakal jadi penerima amalan selama di dunia
Dan ubun-ubun yang kualir wuduk padanya
Akan terlindung dari panas mentari yang sejengkal cuma
Juga kaki kanan bakal ditetapkan
Tika melintasi titian Siratulmustaqim
Merentangi neraka panas membara
Dalam qiam ku bulatkan hati
Memusatkan minda hanya pada-Nya
Pohon di putuskan dari lingkaran duniawi
Kerna, aku ingin merasa nikmat
Lazatnya ibadah mengadap Allah
Aku ingin yang ada Hanya aku dan Dia yang maha mendengar
Seperti Dia sedang ku pandang
Dan Dia memandangku dengan ihsan dan kasih-sayang
Tuhan yang kusembah
Tempat ku berserah merayu kala hatiku gundah
Yang ku terima dengan redha qada dan qadar-Nya
Dengan rendah hati seorang hamba
Ya Allah,
Ku pohon ampun Ya Rabbi
Atas dosa dan kekurangan diri
Kerna sesungguhnya aku hamba yang menzalimi diri sendiri
Moga janganlah Kau bebani aku
Dengan ujian yang diluar kesanggupan diri
Dan Kau tetapkan kalbuku yang Kau miliki
Agar teguh dengan petunjuk yang Kau beri
Rahmatilah hidupku, ibubapaku dan keluargaku
Dalam pelukan kasih sayang-Mu
Yang melindungi kami dari panas neraka yang membara
Kerna, aku hanya ingin hidup dan mati
Di dalam pelukan agama
Yang Kau redha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
diary
Aku bukan seorang penulis yang hebat….Aku juga bukan seorang sasterawan yang terkenal… Aku juga bukan seorang pakar untuk menulis…Aku menulis Hanya Kerana DIA.
Dia telah memberi ilham kepadaku… DIA memberi aku waktu … DIA juga memberi aku kesejahteraan … DIA juga telah memberi nikmat hidup untuk ku … Dengan keizinan dan kudrat-NYA aku menjadi seorang penulis.
Tidak menyangka hari ini aku menjadi seorang penulis… Biar pun penulisanku tak sehebat mereka yang pakar dalam dunia penulisan di luar sana … Namun aku bangga dengan kelebihan dan kemampuan yang diberi oleh-NYA kepadaku… Memang aku bangga sangat dengan diriku.
Dengan kelebihan dan kemampuan inilah maka wujudnya Kalam ini di alam maya kini… Anda yang sedang membaca pasti tersenyum dengan tulisanku ini … Sama ada senyuman itu kerana aku tak hebat menulis atau satu pemberian penghargaan buat diriku, aku ucapkan terima kasih kerana aku telah berjaya membuat para pembaca kalam ini bahagia dengan melemparkan senyuman manis kearahku… Satu senyuman bermakna buat diriku kerana telah bertaut satu hubungan pesahabatan … he he he…
Tahukah anda, aku menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk … Aku menulis bukan kerana ada sifat riak … Aku menulis bukan kerana nama dan kemasyhuran … Tapi aku menulis adalah hanya kerana DIA… Ya kerana DIA …Adalah Untuk berkongsi sesuatu dengan anda, untuk menyampaikan apa yang wajib aku sampaikan, Untuk menerangkan yang hak dan yang bathil dan sebagai amal jariah sebagai bekalan di negeri abadi nanti. Sebagai bukti kelebihan dan kemampuan yang diberikan kepadaku di dunia ini telah aku gunakan dijalan yang benar lagi lurus sebagai pendakwah dan penyampai ilmu-ilmu-NYA kepada seluruh alam.
Aku percaya anda juga memliki kelebihan, kemampuan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh-NYA sepertimana aku miliki sekarang. Namun Kelebihan dan kemampuan yang dimiliki seseorang itu adalah berbeza-beza. Jadi… Ayuh !!! Mari kita bersama-sama manfaatkan kelebihan dan kemampuan yang kita miliki itu sekarang. Alangkah ruginya kalau kita tidak mulakannya hari ini kerana kematian akan datang kepada kita bila-bila masa sahaja. Apabila saat itu datang, kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana kita hidup di dunia ini hanya sekali sahaja. Rebutlah masa yang masih ada ini mudah-mudahan kita tidak tergolong di dalam golongan orang yang rugi dan mengsia-siakan peluang yang diberi oleh-NYA.
Hari ini aku menulis, esok belum tentu aku dapat menulis lagi. Oleh itu, ambillah apa-apa yang baik melalui penulisan aku ini untuk dijadikan pesanan kearah kebaikan dan sebar luaslah buat teman-teman kita yang lain. Kerana sesungguhnya AKU MENULIS HANYA KERANA DIA

No comments:
Post a Comment