Sunday, October 21, 2012

lelaki dan menangis

Dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang misteri dan menjadi rahsia sehinggakan mampu membuat orang tertanya-tanya. Contohnya, lelaki dan menangis. Jarang sekali untuk melihat seorang lelaki menangis, tetapi apabila perempuan melihat lelaki menangis, pasti akan membuatkan mereka tertanya-tanya, terpinga-pinga dan tergaru-garu kepala memikirkan apa yang membuatkan lelaki menangis..Kerana seorang lelaki amat sinonim dengan egonya. Tak kiralah sekeras atau selembut mana hatinya, apabila mengalirnya airmata seorang lelaki, maka bererti runtuhlah dinding egonya. Tapi tahukah anda, lelaki lebih menderita kerana memendam rasa semata-mata tidak mahu menangis sedangkan airmata itu sendiri adalah penawar kepada penyakit kedukaan.Terlalu banyak sebab lelaki menangis 1.Ketika seorang lelaki bergelar ayah. Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kanangan manis didalam hati sehingga air mata gembira mengalir. 2. Apabila seorang lelaki berjaya melamar untuk mengahwini gadis idaman yang selama ini dia bersusah payah untuk menawan hati si dia. 3.Pada hari pernikahan selepas disahkan oleh tuk kadi sang adam dan hawa telah disahkan menjadi suami isteri. 4.Apabila dia gagal untuk menjadi seorang lelaki yang diharapkan keluarganya, seorang suami yang diharapkan isterinya dan seorang ayah kepada anak-anaknya. 5. Fakta terbaru, lelaki juga mampu menangis apabila menonton adam maya. :)

No comments:

Post a Comment

diary

Aku bukan seorang penulis yang hebat….Aku juga bukan seorang sasterawan yang terkenal… Aku juga bukan seorang pakar untuk menulis…Aku menulis Hanya Kerana DIA. Dia telah memberi ilham kepadaku… DIA memberi aku waktu … DIA juga memberi aku kesejahteraan … DIA juga telah memberi nikmat hidup untuk ku … Dengan keizinan dan kudrat-NYA aku menjadi seorang penulis. Tidak menyangka hari ini aku menjadi seorang penulis… Biar pun penulisanku tak sehebat mereka yang pakar dalam dunia penulisan di luar sana … Namun aku bangga dengan kelebihan dan kemampuan yang diberi oleh-NYA kepadaku… Memang aku bangga sangat dengan diriku. Dengan kelebihan dan kemampuan inilah maka wujudnya Kalam ini di alam maya kini… Anda yang sedang membaca pasti tersenyum dengan tulisanku ini … Sama ada senyuman itu kerana aku tak hebat menulis atau satu pemberian penghargaan buat diriku, aku ucapkan terima kasih kerana aku telah berjaya membuat para pembaca kalam ini bahagia dengan melemparkan senyuman manis kearahku… Satu senyuman bermakna buat diriku kerana telah bertaut satu hubungan pesahabatan … he he he… Tahukah anda, aku menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk … Aku menulis bukan kerana ada sifat riak … Aku menulis bukan kerana nama dan kemasyhuran … Tapi aku menulis adalah hanya kerana DIA… Ya kerana DIA …Adalah Untuk berkongsi sesuatu dengan anda, untuk menyampaikan apa yang wajib aku sampaikan, Untuk menerangkan yang hak dan yang bathil dan sebagai amal jariah sebagai bekalan di negeri abadi nanti. Sebagai bukti kelebihan dan kemampuan yang diberikan kepadaku di dunia ini telah aku gunakan dijalan yang benar lagi lurus sebagai pendakwah dan penyampai ilmu-ilmu-NYA kepada seluruh alam. Aku percaya anda juga memliki kelebihan, kemampuan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh-NYA sepertimana aku miliki sekarang. Namun Kelebihan dan kemampuan yang dimiliki seseorang itu adalah berbeza-beza. Jadi… Ayuh !!! Mari kita bersama-sama manfaatkan kelebihan dan kemampuan yang kita miliki itu sekarang. Alangkah ruginya kalau kita tidak mulakannya hari ini kerana kematian akan datang kepada kita bila-bila masa sahaja. Apabila saat itu datang, kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana kita hidup di dunia ini hanya sekali sahaja. Rebutlah masa yang masih ada ini mudah-mudahan kita tidak tergolong di dalam golongan orang yang rugi dan mengsia-siakan peluang yang diberi oleh-NYA. Hari ini aku menulis, esok belum tentu aku dapat menulis lagi. Oleh itu, ambillah apa-apa yang baik melalui penulisan aku ini untuk dijadikan pesanan kearah kebaikan dan sebar luaslah buat teman-teman kita yang lain. Kerana sesungguhnya AKU MENULIS HANYA KERANA DIA