Mereka itu kosong, mereka tiada apa, mereka seperti engkau wahai diri...juga pengemis kasih,sayang pengharapan dan pemahaman manusia... mereka juga peminta sedekah simpati dari peminta sedekah yang lain yang lebih tinggi darjatnya...Apa perlunya, meminta pada si peminta??? tangan !! tangan !! yang menyuap hidangan ke pintu lahapan yang tidah pernah kenyang...tangan yang hanya tahu membersihkan kotoran najis usai waktu keluarnAngkat tangan mu itu sebaris pandangan mata, persiap jiwamu...
lidahmu,lembutkan,mengadu..merayu.merintih..meminta..lakukan segalanya pada YANG MEMBERI ... itu tempat engkau selayaknya...bukan meminta pada si peminta..tapi pada yang mampu memberi...engkau mulia wahai jiwa..engkau mulia wahai diri yang derita...layaknya bukan meminta pada pemilik kekayaan, bukan hanya mengemis pada pemidato yang petah berkata bukan jua pemimpin yang kaya dengan korupsi wang rakyat.....tapi engkau meminta pada pemilik seluruh kekayaan dunia...pada pemilik seluruh jiwa manusia..berbanggalah wahai diri...engkau tidak selayaknya mengemis pada manusia...ya... tunaikan tugas yang sebenar...muliakan diri yang terhina ..
...Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan. If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done...
Friday, June 22, 2012
si pengemis cinta
Duhai hati yang sentiasa kecewa, duhai jiwa yang kian terluka, mengapa tetap mengharap dan merayu pada ego manusia..pada hebat dan lebihnya seorang hamba. Sedang di sana ada yang lebih hebat dan berkuasa sedia untuk dirayu dan suka mendengar rintihan jiwa makhluknya ohh..diri yang melutut , mengemis secebis simpati pemahaman manusia , tidak lelah melontar rayu bersendi titisan syahdu dibalas jerkah benci dan jelingan mata benci dan bosan...Mata terhias bening , kepala tertunduk hina , diri yang tetap mengkotorkan diri di depan makhluk yang tidak seberapa, emm.. ketahui wahai telinga yang mendengar, fahami wahai jiwa yang tidak buta dan tuli hidayah. oh..begitu juga mata yang meihat dan retina yang sering menipu selama ini..
Mereka itu kosong, mereka tiada apa, mereka seperti engkau wahai diri...juga pengemis kasih,sayang pengharapan dan pemahaman manusia... mereka juga peminta sedekah simpati dari peminta sedekah yang lain yang lebih tinggi darjatnya...Apa perlunya, meminta pada si peminta??? tangan !! tangan !! yang menyuap hidangan ke pintu lahapan yang tidah pernah kenyang...tangan yang hanya tahu membersihkan kotoran najis usai waktu keluarnAngkat tangan mu itu sebaris pandangan mata, persiap jiwamu...
lidahmu,lembutkan,mengadu..merayu.merintih..meminta..lakukan segalanya pada YANG MEMBERI ... itu tempat engkau selayaknya...bukan meminta pada si peminta..tapi pada yang mampu memberi...engkau mulia wahai jiwa..engkau mulia wahai diri yang derita...layaknya bukan meminta pada pemilik kekayaan, bukan hanya mengemis pada pemidato yang petah berkata bukan jua pemimpin yang kaya dengan korupsi wang rakyat.....tapi engkau meminta pada pemilik seluruh kekayaan dunia...pada pemilik seluruh jiwa manusia..berbanggalah wahai diri...engkau tidak selayaknya mengemis pada manusia...ya... tunaikan tugas yang sebenar...muliakan diri yang terhina ..
Mereka itu kosong, mereka tiada apa, mereka seperti engkau wahai diri...juga pengemis kasih,sayang pengharapan dan pemahaman manusia... mereka juga peminta sedekah simpati dari peminta sedekah yang lain yang lebih tinggi darjatnya...Apa perlunya, meminta pada si peminta??? tangan !! tangan !! yang menyuap hidangan ke pintu lahapan yang tidah pernah kenyang...tangan yang hanya tahu membersihkan kotoran najis usai waktu keluarnAngkat tangan mu itu sebaris pandangan mata, persiap jiwamu...
lidahmu,lembutkan,mengadu..merayu.merintih..meminta..lakukan segalanya pada YANG MEMBERI ... itu tempat engkau selayaknya...bukan meminta pada si peminta..tapi pada yang mampu memberi...engkau mulia wahai jiwa..engkau mulia wahai diri yang derita...layaknya bukan meminta pada pemilik kekayaan, bukan hanya mengemis pada pemidato yang petah berkata bukan jua pemimpin yang kaya dengan korupsi wang rakyat.....tapi engkau meminta pada pemilik seluruh kekayaan dunia...pada pemilik seluruh jiwa manusia..berbanggalah wahai diri...engkau tidak selayaknya mengemis pada manusia...ya... tunaikan tugas yang sebenar...muliakan diri yang terhina ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
diary
Aku bukan seorang penulis yang hebat….Aku juga bukan seorang sasterawan yang terkenal… Aku juga bukan seorang pakar untuk menulis…Aku menulis Hanya Kerana DIA.
Dia telah memberi ilham kepadaku… DIA memberi aku waktu … DIA juga memberi aku kesejahteraan … DIA juga telah memberi nikmat hidup untuk ku … Dengan keizinan dan kudrat-NYA aku menjadi seorang penulis.
Tidak menyangka hari ini aku menjadi seorang penulis… Biar pun penulisanku tak sehebat mereka yang pakar dalam dunia penulisan di luar sana … Namun aku bangga dengan kelebihan dan kemampuan yang diberi oleh-NYA kepadaku… Memang aku bangga sangat dengan diriku.
Dengan kelebihan dan kemampuan inilah maka wujudnya Kalam ini di alam maya kini… Anda yang sedang membaca pasti tersenyum dengan tulisanku ini … Sama ada senyuman itu kerana aku tak hebat menulis atau satu pemberian penghargaan buat diriku, aku ucapkan terima kasih kerana aku telah berjaya membuat para pembaca kalam ini bahagia dengan melemparkan senyuman manis kearahku… Satu senyuman bermakna buat diriku kerana telah bertaut satu hubungan pesahabatan … he he he…
Tahukah anda, aku menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk … Aku menulis bukan kerana ada sifat riak … Aku menulis bukan kerana nama dan kemasyhuran … Tapi aku menulis adalah hanya kerana DIA… Ya kerana DIA …Adalah Untuk berkongsi sesuatu dengan anda, untuk menyampaikan apa yang wajib aku sampaikan, Untuk menerangkan yang hak dan yang bathil dan sebagai amal jariah sebagai bekalan di negeri abadi nanti. Sebagai bukti kelebihan dan kemampuan yang diberikan kepadaku di dunia ini telah aku gunakan dijalan yang benar lagi lurus sebagai pendakwah dan penyampai ilmu-ilmu-NYA kepada seluruh alam.
Aku percaya anda juga memliki kelebihan, kemampuan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh-NYA sepertimana aku miliki sekarang. Namun Kelebihan dan kemampuan yang dimiliki seseorang itu adalah berbeza-beza. Jadi… Ayuh !!! Mari kita bersama-sama manfaatkan kelebihan dan kemampuan yang kita miliki itu sekarang. Alangkah ruginya kalau kita tidak mulakannya hari ini kerana kematian akan datang kepada kita bila-bila masa sahaja. Apabila saat itu datang, kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana kita hidup di dunia ini hanya sekali sahaja. Rebutlah masa yang masih ada ini mudah-mudahan kita tidak tergolong di dalam golongan orang yang rugi dan mengsia-siakan peluang yang diberi oleh-NYA.
Hari ini aku menulis, esok belum tentu aku dapat menulis lagi. Oleh itu, ambillah apa-apa yang baik melalui penulisan aku ini untuk dijadikan pesanan kearah kebaikan dan sebar luaslah buat teman-teman kita yang lain. Kerana sesungguhnya AKU MENULIS HANYA KERANA DIA
No comments:
Post a Comment