Friday, June 22, 2012

. . .Tazkirah Jumaat. . .

Kekuatan kita yang sebenar adalah bergantung kepada sejauh mana kita berhubung dengan Allah swt. Semakin kuat kita dengan Allah swt, semakin kuat pula bantuan dan keberkatan yang akan diberikan Allah swtkepada kita.. Bukan semua yang mengembirakan hati kita baik untuk kita, kadang-kadang yang mengembirakan hati itu tersembunyi derita... Dengan akal sahaja seseorang itu tidak akan kenal Tuhannya. Kekuatan akal hanya sekadar tahu. Yang mengenal itu adalah hati.. Hati atau jiwa itulah hakikat diri. Kalau hati atau jiwa tidak mati atau buta. Ia mampu mengenal Tuhan secara hakiki. Bahkan rasa bertuhan sentiasa hidup di dalam jiwa. Rasa itu akan di bawa ke mana-mana. Kerana itulah hati dikatakan raja di dalam diri. Akal hanya sekadar penasihat sahaja. Raja sudah tentulah orang yang paling cerdik. Kerana itulah ia mampu mengenal Tuhannya. Kecuali hati atau jiwa telah mati atau buta. Dibutakan atau dimatikan oleh akalnya sendiri.. "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan Amal Salih. Dan mereka pula bermuafakat bersama-sama dalam saling memberi pengajaran tentang Kebenaran dan Kesabaran"

No comments:

Post a Comment

diary

Aku bukan seorang penulis yang hebat….Aku juga bukan seorang sasterawan yang terkenal… Aku juga bukan seorang pakar untuk menulis…Aku menulis Hanya Kerana DIA. Dia telah memberi ilham kepadaku… DIA memberi aku waktu … DIA juga memberi aku kesejahteraan … DIA juga telah memberi nikmat hidup untuk ku … Dengan keizinan dan kudrat-NYA aku menjadi seorang penulis. Tidak menyangka hari ini aku menjadi seorang penulis… Biar pun penulisanku tak sehebat mereka yang pakar dalam dunia penulisan di luar sana … Namun aku bangga dengan kelebihan dan kemampuan yang diberi oleh-NYA kepadaku… Memang aku bangga sangat dengan diriku. Dengan kelebihan dan kemampuan inilah maka wujudnya Kalam ini di alam maya kini… Anda yang sedang membaca pasti tersenyum dengan tulisanku ini … Sama ada senyuman itu kerana aku tak hebat menulis atau satu pemberian penghargaan buat diriku, aku ucapkan terima kasih kerana aku telah berjaya membuat para pembaca kalam ini bahagia dengan melemparkan senyuman manis kearahku… Satu senyuman bermakna buat diriku kerana telah bertaut satu hubungan pesahabatan … he he he… Tahukah anda, aku menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk … Aku menulis bukan kerana ada sifat riak … Aku menulis bukan kerana nama dan kemasyhuran … Tapi aku menulis adalah hanya kerana DIA… Ya kerana DIA …Adalah Untuk berkongsi sesuatu dengan anda, untuk menyampaikan apa yang wajib aku sampaikan, Untuk menerangkan yang hak dan yang bathil dan sebagai amal jariah sebagai bekalan di negeri abadi nanti. Sebagai bukti kelebihan dan kemampuan yang diberikan kepadaku di dunia ini telah aku gunakan dijalan yang benar lagi lurus sebagai pendakwah dan penyampai ilmu-ilmu-NYA kepada seluruh alam. Aku percaya anda juga memliki kelebihan, kemampuan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh-NYA sepertimana aku miliki sekarang. Namun Kelebihan dan kemampuan yang dimiliki seseorang itu adalah berbeza-beza. Jadi… Ayuh !!! Mari kita bersama-sama manfaatkan kelebihan dan kemampuan yang kita miliki itu sekarang. Alangkah ruginya kalau kita tidak mulakannya hari ini kerana kematian akan datang kepada kita bila-bila masa sahaja. Apabila saat itu datang, kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana kita hidup di dunia ini hanya sekali sahaja. Rebutlah masa yang masih ada ini mudah-mudahan kita tidak tergolong di dalam golongan orang yang rugi dan mengsia-siakan peluang yang diberi oleh-NYA. Hari ini aku menulis, esok belum tentu aku dapat menulis lagi. Oleh itu, ambillah apa-apa yang baik melalui penulisan aku ini untuk dijadikan pesanan kearah kebaikan dan sebar luaslah buat teman-teman kita yang lain. Kerana sesungguhnya AKU MENULIS HANYA KERANA DIA