Monday, May 9, 2011

. .::bintang dan bulan::. .

bintang dan bulan
kamu ditakdirkan untuk bersama
dikala kesunyian malam,kamu menemaniku
kamu tidak pernah berpisah walaupun sedetik
dimana ada bulan, pasti ade bintang

kamu telah menerangi kegelapan
membuatkan manusia begitu kagum dengan kamu
apabila bintang berduka, pasti bulan juga kesedihan
apabila bulan tersenyum,pasti bintang kegembiraan

kamu pasangan yang telah ditakdirkan untuk bersama
mengharungi setiap masa, saat bersama
kamu saling memerlukan dikala suka dan duka
dan kamu akan mati bersama-sama apabila sampai saat dan waktunya

keutuhan perhubungan kamu membuatkan aku kagum
terlalu ingin memiliki perasaan seperti yang kamu alami
menjaga,melindungi,malah memerlukan antara satu sama lain
kamu telah membuktikan kepada ku bahawa setiap benda dimuka bumi ini ada pasangannya
tidak terkecuali kamu

bintang dan bulan saling memerlukan
untuk menyinari malam-malam hari..
jika hanya bintang sahaja yang menyinari
pasti cahaya itu begitu malap
begitu juga sebaliknya..

~maka ia amat memerlukan antara satu sama lain~

No comments:

Post a Comment

diary

Aku bukan seorang penulis yang hebat….Aku juga bukan seorang sasterawan yang terkenal… Aku juga bukan seorang pakar untuk menulis…Aku menulis Hanya Kerana DIA. Dia telah memberi ilham kepadaku… DIA memberi aku waktu … DIA juga memberi aku kesejahteraan … DIA juga telah memberi nikmat hidup untuk ku … Dengan keizinan dan kudrat-NYA aku menjadi seorang penulis. Tidak menyangka hari ini aku menjadi seorang penulis… Biar pun penulisanku tak sehebat mereka yang pakar dalam dunia penulisan di luar sana … Namun aku bangga dengan kelebihan dan kemampuan yang diberi oleh-NYA kepadaku… Memang aku bangga sangat dengan diriku. Dengan kelebihan dan kemampuan inilah maka wujudnya Kalam ini di alam maya kini… Anda yang sedang membaca pasti tersenyum dengan tulisanku ini … Sama ada senyuman itu kerana aku tak hebat menulis atau satu pemberian penghargaan buat diriku, aku ucapkan terima kasih kerana aku telah berjaya membuat para pembaca kalam ini bahagia dengan melemparkan senyuman manis kearahku… Satu senyuman bermakna buat diriku kerana telah bertaut satu hubungan pesahabatan … he he he… Tahukah anda, aku menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk … Aku menulis bukan kerana ada sifat riak … Aku menulis bukan kerana nama dan kemasyhuran … Tapi aku menulis adalah hanya kerana DIA… Ya kerana DIA …Adalah Untuk berkongsi sesuatu dengan anda, untuk menyampaikan apa yang wajib aku sampaikan, Untuk menerangkan yang hak dan yang bathil dan sebagai amal jariah sebagai bekalan di negeri abadi nanti. Sebagai bukti kelebihan dan kemampuan yang diberikan kepadaku di dunia ini telah aku gunakan dijalan yang benar lagi lurus sebagai pendakwah dan penyampai ilmu-ilmu-NYA kepada seluruh alam. Aku percaya anda juga memliki kelebihan, kemampuan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh-NYA sepertimana aku miliki sekarang. Namun Kelebihan dan kemampuan yang dimiliki seseorang itu adalah berbeza-beza. Jadi… Ayuh !!! Mari kita bersama-sama manfaatkan kelebihan dan kemampuan yang kita miliki itu sekarang. Alangkah ruginya kalau kita tidak mulakannya hari ini kerana kematian akan datang kepada kita bila-bila masa sahaja. Apabila saat itu datang, kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana kita hidup di dunia ini hanya sekali sahaja. Rebutlah masa yang masih ada ini mudah-mudahan kita tidak tergolong di dalam golongan orang yang rugi dan mengsia-siakan peluang yang diberi oleh-NYA. Hari ini aku menulis, esok belum tentu aku dapat menulis lagi. Oleh itu, ambillah apa-apa yang baik melalui penulisan aku ini untuk dijadikan pesanan kearah kebaikan dan sebar luaslah buat teman-teman kita yang lain. Kerana sesungguhnya AKU MENULIS HANYA KERANA DIA