Kawan itu adalah bilamana dia cuma de 10 hengget dalam poket dia, tapi dia masih mampu tersenyum dan beriya-iya offer nak belanja kita KFC. Sedangkan tambang balik putrajaya dari KL SENTRAL kalau naek ERL rm9.50.
Kawan itu adalah bilamana kita call dia tengah malam pukul 2 pagi sebab kita tak ada transport nak balik rumah setelah keluar bersuka ria bersama-sama kawan yang lain tanpa ajak dia. Dia sanggup bangun dengan muka mengantuk dan amek kita kat KL tanpa banyak tanya.
Kawan itu adalah bilamana kita bgtau dia yang kita nak balik cuti SEM, serta merta dia tanya kita 'bila? sebab dia nak amek cuti semata-mata nak amek kita kat SEGAMAT, SARAWAK , MELAKA or BERANANG.
Kawan itu adalah bilamana kita kecewa gara-gara ditinggalkan BF yang kita sangkakan kononnya 'TEMAN SEHIDUP SEMATI' tu, dia sanggup teman kita sampi 2 - 3 pagi kat mapley semata-mata nak dengar luahan hati kita dan tenangkan hati kita.
Kawan itu adalah bilamana ada orang kutuk-kutuk kita, buat cter pasal kita, buruk-buruk kan kita. Dia selalu suruh kita sabar. Biar orang buat kita jangan kita buat orang. 1 hari ALLAH akan balas ape yang dia da wat kat kita. Dia slalu pesan cmtu kat kita.
Kawan itu adalah bilamana hari minggu kita ade date ngn BF kita, kita sanggup postpone. Semata-mata nak teman dia soping.
Kawan itu adalah bilamana dia balik PUTRAJAYA cuti SEM, kita orang pertama yang dia jumpa .Dan dia cakap yang dia RINDU kita sangat-sangat.
...Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan. If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
diary
Aku bukan seorang penulis yang hebat….Aku juga bukan seorang sasterawan yang terkenal… Aku juga bukan seorang pakar untuk menulis…Aku menulis Hanya Kerana DIA.
Dia telah memberi ilham kepadaku… DIA memberi aku waktu … DIA juga memberi aku kesejahteraan … DIA juga telah memberi nikmat hidup untuk ku … Dengan keizinan dan kudrat-NYA aku menjadi seorang penulis.
Tidak menyangka hari ini aku menjadi seorang penulis… Biar pun penulisanku tak sehebat mereka yang pakar dalam dunia penulisan di luar sana … Namun aku bangga dengan kelebihan dan kemampuan yang diberi oleh-NYA kepadaku… Memang aku bangga sangat dengan diriku.
Dengan kelebihan dan kemampuan inilah maka wujudnya Kalam ini di alam maya kini… Anda yang sedang membaca pasti tersenyum dengan tulisanku ini … Sama ada senyuman itu kerana aku tak hebat menulis atau satu pemberian penghargaan buat diriku, aku ucapkan terima kasih kerana aku telah berjaya membuat para pembaca kalam ini bahagia dengan melemparkan senyuman manis kearahku… Satu senyuman bermakna buat diriku kerana telah bertaut satu hubungan pesahabatan … he he he…
Tahukah anda, aku menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk … Aku menulis bukan kerana ada sifat riak … Aku menulis bukan kerana nama dan kemasyhuran … Tapi aku menulis adalah hanya kerana DIA… Ya kerana DIA …Adalah Untuk berkongsi sesuatu dengan anda, untuk menyampaikan apa yang wajib aku sampaikan, Untuk menerangkan yang hak dan yang bathil dan sebagai amal jariah sebagai bekalan di negeri abadi nanti. Sebagai bukti kelebihan dan kemampuan yang diberikan kepadaku di dunia ini telah aku gunakan dijalan yang benar lagi lurus sebagai pendakwah dan penyampai ilmu-ilmu-NYA kepada seluruh alam.
Aku percaya anda juga memliki kelebihan, kemampuan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh-NYA sepertimana aku miliki sekarang. Namun Kelebihan dan kemampuan yang dimiliki seseorang itu adalah berbeza-beza. Jadi… Ayuh !!! Mari kita bersama-sama manfaatkan kelebihan dan kemampuan yang kita miliki itu sekarang. Alangkah ruginya kalau kita tidak mulakannya hari ini kerana kematian akan datang kepada kita bila-bila masa sahaja. Apabila saat itu datang, kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana kita hidup di dunia ini hanya sekali sahaja. Rebutlah masa yang masih ada ini mudah-mudahan kita tidak tergolong di dalam golongan orang yang rugi dan mengsia-siakan peluang yang diberi oleh-NYA.
Hari ini aku menulis, esok belum tentu aku dapat menulis lagi. Oleh itu, ambillah apa-apa yang baik melalui penulisan aku ini untuk dijadikan pesanan kearah kebaikan dan sebar luaslah buat teman-teman kita yang lain. Kerana sesungguhnya AKU MENULIS HANYA KERANA DIA
No comments:
Post a Comment