Thursday, March 24, 2011

“Cubalah untuk setia – setia pada impian, setia pada cita-cita, walau apapun ia!


Frasa “cubalah untuk setia” adalah tajuk lagu penyanyi dari Indonesia, Kris Dayanti. Jika di amati lagu tu, sebenarnya ia pesanan untuk diri Anda supaya setia pada yang satu – impian yang satu, cita-cita yang satu, Allah yang satu.
Kami percaya Anda ada impian atau cita-cita yang Anda mau capai. Elak mengubah-ubah impian selagi ia belum berjaya Anda capai. Set 1 atau 3 impian sahaja supaya Anda ada fokus. Bila sudah ada fokus, tenaga dan usaha Anda tercurah ke situ 100%.
Ada ratusan ribu orang berhenti mencapai impian kerana mereka merasa susah untuk mencapai impian simply sebab mereka ada lebih dari 3 impian. Untuk membuat diri Anda bersemangat mencapai impian, lakukan apa yang perlu. Apa dia? Fokus pada proses, kurangkan memfokus pada hasil sebab hasil akan timbul sendiri apabila prosesnya ngam.
Sebagai contoh, sepiring mee megi kari yang sedap pasti akan terhasil apabila rempah kari dan air panas digaul dengan ngam bersama mi segera di dalam sebuah mangkuk. Apabila proses tak betul, hasilnya pasti jadi tak seperti yang Anda mahukan. Andai kata serbuk kari tak seberapa banyak, air panasnya tak seberapa panas, pasti mi megi Anda jadi kurang sedap.
Usah risau usaha Anda menjadi ke tidak, berhasil ke tidak, sekarang yang penting fokuskan pada proses iaitu dengan berusaha, berusaha, berusaha. Sentiasalah perbaiki usaha lepas tuk tengok hasilnya ok ke tidak. Jika tidak, perbaiki cara berusaha kemudian teruskan sehingga hasilnya memuaskan hati Anda. Cubalah untuk setia.

No comments:

Post a Comment

diary

Aku bukan seorang penulis yang hebat….Aku juga bukan seorang sasterawan yang terkenal… Aku juga bukan seorang pakar untuk menulis…Aku menulis Hanya Kerana DIA. Dia telah memberi ilham kepadaku… DIA memberi aku waktu … DIA juga memberi aku kesejahteraan … DIA juga telah memberi nikmat hidup untuk ku … Dengan keizinan dan kudrat-NYA aku menjadi seorang penulis. Tidak menyangka hari ini aku menjadi seorang penulis… Biar pun penulisanku tak sehebat mereka yang pakar dalam dunia penulisan di luar sana … Namun aku bangga dengan kelebihan dan kemampuan yang diberi oleh-NYA kepadaku… Memang aku bangga sangat dengan diriku. Dengan kelebihan dan kemampuan inilah maka wujudnya Kalam ini di alam maya kini… Anda yang sedang membaca pasti tersenyum dengan tulisanku ini … Sama ada senyuman itu kerana aku tak hebat menulis atau satu pemberian penghargaan buat diriku, aku ucapkan terima kasih kerana aku telah berjaya membuat para pembaca kalam ini bahagia dengan melemparkan senyuman manis kearahku… Satu senyuman bermakna buat diriku kerana telah bertaut satu hubungan pesahabatan … he he he… Tahukah anda, aku menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk … Aku menulis bukan kerana ada sifat riak … Aku menulis bukan kerana nama dan kemasyhuran … Tapi aku menulis adalah hanya kerana DIA… Ya kerana DIA …Adalah Untuk berkongsi sesuatu dengan anda, untuk menyampaikan apa yang wajib aku sampaikan, Untuk menerangkan yang hak dan yang bathil dan sebagai amal jariah sebagai bekalan di negeri abadi nanti. Sebagai bukti kelebihan dan kemampuan yang diberikan kepadaku di dunia ini telah aku gunakan dijalan yang benar lagi lurus sebagai pendakwah dan penyampai ilmu-ilmu-NYA kepada seluruh alam. Aku percaya anda juga memliki kelebihan, kemampuan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh-NYA sepertimana aku miliki sekarang. Namun Kelebihan dan kemampuan yang dimiliki seseorang itu adalah berbeza-beza. Jadi… Ayuh !!! Mari kita bersama-sama manfaatkan kelebihan dan kemampuan yang kita miliki itu sekarang. Alangkah ruginya kalau kita tidak mulakannya hari ini kerana kematian akan datang kepada kita bila-bila masa sahaja. Apabila saat itu datang, kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana kita hidup di dunia ini hanya sekali sahaja. Rebutlah masa yang masih ada ini mudah-mudahan kita tidak tergolong di dalam golongan orang yang rugi dan mengsia-siakan peluang yang diberi oleh-NYA. Hari ini aku menulis, esok belum tentu aku dapat menulis lagi. Oleh itu, ambillah apa-apa yang baik melalui penulisan aku ini untuk dijadikan pesanan kearah kebaikan dan sebar luaslah buat teman-teman kita yang lain. Kerana sesungguhnya AKU MENULIS HANYA KERANA DIA