...Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan. If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done...
Sunday, October 9, 2011
sabar nenek menuju seruan haji part 1
semakin hari semakin hampir detik yang dinantikan setelah beberapa bulan bersusah payah atok & nenek mengatur langkah kelur masuk hospital dan bejumpa pakar. kalini pasti mendapatkan pemeriksaan sebaik mungkin kerana ingin memastikan kesihatan tubuh yang secukupnya. dalam kesusahan mereka yang memerlukan kesabaran yang tinggi, masih juga terpancar senyuman kegembiraan diwajah mereka berdua. .atok & nenek merasakan penantian yang d'nantikan selama ini sudah berakhir. setiap hari mereka tanpa rasa putus asa meneruskan temu janji mereka seolah-olah peluang yang dinantikan terbuka luas untuk mereka. hari demi hari atok & nenek mendapatkn pengesahan doktor, sehinggalah mendapat berita bahawa atok telah pon layak berangkat kesana.. tapi sayangny pihak hospital meberitahu nenek perlukan sokongan atau lebih terperinci lagi seseorang yang mampu bertanggungjawab ke atas diri nenek disane akibat kesihatan nenek yang ta menentu. disebalik nenek memerlukan sokongan atok untuk kesana, atok merasakan seperti ada satu masalah atau beban bagi diri atok yang sedang membingongknny. .nenek tiri kami atau lebih dikenali nenek darat seolah2 tidak suka akan perginy mereka kesana bersama-sama nenek. nenek darat merasakan seolah2 atok akan lebih pentingkn n lebihkan nenek berbanding nenek tiri(nenek darat). lantaran daripada itu atok mengambil keputusan untuk tidak kembali ke hospital untuk bejumpa doktor bagi memastikan perginya nenek kesana nanti. setelah bersusah payah mereka bersama akhirnya detik yang dinant pon tidak muncul juga. .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
diary
Aku bukan seorang penulis yang hebat….Aku juga bukan seorang sasterawan yang terkenal… Aku juga bukan seorang pakar untuk menulis…Aku menulis Hanya Kerana DIA.
Dia telah memberi ilham kepadaku… DIA memberi aku waktu … DIA juga memberi aku kesejahteraan … DIA juga telah memberi nikmat hidup untuk ku … Dengan keizinan dan kudrat-NYA aku menjadi seorang penulis.
Tidak menyangka hari ini aku menjadi seorang penulis… Biar pun penulisanku tak sehebat mereka yang pakar dalam dunia penulisan di luar sana … Namun aku bangga dengan kelebihan dan kemampuan yang diberi oleh-NYA kepadaku… Memang aku bangga sangat dengan diriku.
Dengan kelebihan dan kemampuan inilah maka wujudnya Kalam ini di alam maya kini… Anda yang sedang membaca pasti tersenyum dengan tulisanku ini … Sama ada senyuman itu kerana aku tak hebat menulis atau satu pemberian penghargaan buat diriku, aku ucapkan terima kasih kerana aku telah berjaya membuat para pembaca kalam ini bahagia dengan melemparkan senyuman manis kearahku… Satu senyuman bermakna buat diriku kerana telah bertaut satu hubungan pesahabatan … he he he…
Tahukah anda, aku menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk … Aku menulis bukan kerana ada sifat riak … Aku menulis bukan kerana nama dan kemasyhuran … Tapi aku menulis adalah hanya kerana DIA… Ya kerana DIA …Adalah Untuk berkongsi sesuatu dengan anda, untuk menyampaikan apa yang wajib aku sampaikan, Untuk menerangkan yang hak dan yang bathil dan sebagai amal jariah sebagai bekalan di negeri abadi nanti. Sebagai bukti kelebihan dan kemampuan yang diberikan kepadaku di dunia ini telah aku gunakan dijalan yang benar lagi lurus sebagai pendakwah dan penyampai ilmu-ilmu-NYA kepada seluruh alam.
Aku percaya anda juga memliki kelebihan, kemampuan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh-NYA sepertimana aku miliki sekarang. Namun Kelebihan dan kemampuan yang dimiliki seseorang itu adalah berbeza-beza. Jadi… Ayuh !!! Mari kita bersama-sama manfaatkan kelebihan dan kemampuan yang kita miliki itu sekarang. Alangkah ruginya kalau kita tidak mulakannya hari ini kerana kematian akan datang kepada kita bila-bila masa sahaja. Apabila saat itu datang, kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana kita hidup di dunia ini hanya sekali sahaja. Rebutlah masa yang masih ada ini mudah-mudahan kita tidak tergolong di dalam golongan orang yang rugi dan mengsia-siakan peluang yang diberi oleh-NYA.
Hari ini aku menulis, esok belum tentu aku dapat menulis lagi. Oleh itu, ambillah apa-apa yang baik melalui penulisan aku ini untuk dijadikan pesanan kearah kebaikan dan sebar luaslah buat teman-teman kita yang lain. Kerana sesungguhnya AKU MENULIS HANYA KERANA DIA

No comments:
Post a Comment